Tony Buzan (1984) telah memperkenalkan peta minda dan berpendapat peta minda sangat berkesan sebagai suatu alat untuk mencatat nota ringkas. Peta minda merupakan suatu alat kemahiran berfikir yang dapat mengorganisasi maklumat, berupaya membantu murid memahami objektif dan konsep demgam jelas. Peta minda juga merupakan satu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan untuk menggambarkan perkara-perkara penting serta dengan cabang-cabang kecil yang menunjukkan huraiannya.
Peta Minda |
No comments:
Post a Comment